Iklan Nuffnag

Sunday, 6 April 2014

Santai Picnic with Anggerikianz Sisters


The Best Sweet Escape :)
Walaupun terkejar kejar masa sebab cik nurse dan stewardess nak pegi keje, tapi berjaya jugak nak berkumpul piknik dan bergambar  <3



Nice shoot under the tree, on the mat we are Picnic!

"Chance made us Sisters, hearts made us Friends.” I love you! I'll never stop! -by Syarena




Thank you for the time, Love you Anggerikianz - by Zulaika

May this love and friendship last forever. 
11 years and more. - by Shakila



 We are playing the bubbles and we happy kids <3



Those friends that you can go weeks without talking to, but when you do, it's like never stopped. - by Hajar Syifa





Fruit Salad by Dalilah, mommy to be :)


Makaroni Goreng - By Zulaika


Roti Tom Yam sponsored by Fire Fly - Azween Syakira
"cik Stewardess I tak dapat bawak balik :("


Ape nama nye? Not sure. tapi makan dengan roti :)
Thank you Dalilah - Mommy to be bawak banyakk sangat makanan!





Alhamdulillah untuk persahabatan yang sangat lama terjalin.mungkin 11 tahun , lebih kurang begitu.sejak di bangku sekolah menengah. kita semua berbeza, ada yang terlalu pandai, ada yang biasa biasa mcm aku , ada yang kreatif dan pasif. bila dah meninggalkan zaman sekolah, masing masing mencari cita cita dan kerjaya,sekarang bertambah berbeza. ada yang sudah berumah tangga, bakal menimang cahaya mata, bercinta, bekerja sebagai nurse,sambung beljar ke peringkat master, pramugari, eksekutif, bisness sendiri, interior designer dan kuli , seperti aku lagi.latar belakang keluarga juga berbeza, semestinya aku rasa mereka semua lebih berada dari aku, lagi dan lagi. tapi sampai bila aku nak rasa rendah diri? yang paling penting kami bahagia. persahabatan bukan kerana harta, bukan rupa, bukan kerana kepentingan semata mata. persahabatan terlalu tinggi nilainya. terima kasih kerana sudi berkawan dan bersahabat. kadang kala mencela, kadang kala menghina, kadang kala mengata, kadang kala menegur hanya untuk kebaikan. siapa kita untuk menjadi terlalu sempurna???


Alhamdulillah. aku sayang korang  :(






Tuesday, 25 March 2014

Idea for picnic - dessert

looking forward for the picnic with Anggerikians...
i feel like doing simple but lovely ,
healthy but tasty...
cute and colorful :)

something like this...







maaflah, gambar tak cun. sumber Google :)

Temuduga :Jawatan Kosong 2014

salam,
saya penganggur, hampir sebulan.
saya ada pergi ke beberapa buah syarikat swasta/persendirian untuk temuduga.
iklan yang dipaparkan ternyata berbeza dengan apa yang ditawarkan bila saya berada di syarikat tersebut.
saya rasa tertipu
saya rasa kecewa.
saya penat di tipu begini.
mungkin salah saya juga,
memohon tanpa usul periksa dengan jelas.
tetapi hakikatnya,
patutkah syarikat-syarikat seperti itu memutar belit ayat iklan jawatan kosong
semata - mata untuk menarik orang ramai memohon.

kenapa tak diperjelaskan setiap inci maklumat mengenai syarikat?
kenapa mahu berselindung jika benar syarikat anda hebat?
kenapa perlu memulakan penipuan di peringkat awal pengambilan pekerja?

kecewa.
nak putus asa tapi nanti nak makan apa?
saya perlu kerja.

nak buang rasa percaya pada semua syarikat?
habistu siapa yang saya perlu percaya?

saya mohon sesiapa yang membaca berhati hati dalam memilih kerja, jangan jadi seperti saya.
saya mangsa,
jangan jadi mangsa seperti saya.


ada sesiapa nak tawarkan saya kerja???
saya akan emel kan resume pada anda :)


heheheh.

harapan untuk MH370

mencari cari yang terbang tinggi,
hilang lenyap senyap tidak berbunyi,
seluruh tenaga dikerah mencari,
sahabat, saudara, keluarga dan rakyat turut simpati,
tidak berkesan hasil mencari,
terus hilang tiada lagi

berdoa meminta pada Illahi,
agar permudah yang belum temui,
sabar, kuat, emosi perlu selari,
sedia mendengar kemungkinan nanti,
adakah hidup ataupun mati,
di udara, darat mahu pun di lautan Hindi,
masih mencari tak juga ditemui.

kemungkinan disana tamatnya dan terhenti,
terjatuh ke dalam lautan Hindi,
sebelum temui jasad yang dicari,
masih simpan harapan di hati.

Hanya mereka dan Allah yang pasti...


Monday, 24 March 2014

pengalaman interview 2014

salam,

masuk ni dah tiga kali aku interview dan rasa tak berpuas hati untuk serta dalam company. bukan aku tak layak, tetapi aku memilih. sebab memilih? aku ceritakan setiap satu yea. memang susah nak carik kerja sekarang, kerja memang banyak, tapi yang sesuai dengan kita, yang kita mampu nak buat, SUSAH! terbukti terlalu ramai lepasan Universiti/IPTA/IPTS yang masih tak dapat kerja tetap, atau pun bekerja mengikut kelulusan....


company 1 - sebuah kolej swasta.
jawatan yang ditawarkan : pegawai pendaftaran pelajar.

- bila dapat call dan emel, aku rasa teruja dan yakin mahukan kerja ini, lokasi pun dekat dengan rumah, gaji boleh diterima dan kira mencukupi. bila datang interview, ramai sangat. aku tak sangka jugak. sebelum interview dah ada kenalan yang di interview awal, cerita sedikit pasal jawatan yang di tawarkan. harapan tu berkurang. dia tawarkan gaji pokok yang agak rendah, dah akan top up dengan komisen yg kita akan buat, melalui jumlah pelajar yang kita daftarkan. kerja kita akan call beberapa calon, dan yakinkan mereka untuk datang belajar di kolej tersebut. lepas komisen gaji boleh tahan mewah. tapi aku tak rasa berminat dengan kerja ini.entah, hati aku berdalih .

company 2 - company nampak baru dan kosong.
jawatan yang ditawarkan : eksekutif pentadbiran.
interview pun memang ramai, santai dah semuanya nampak mudah. cuma aku rasa was was,sebab tak dapat nak cari maklumat apa pun pasal company ni dekat internet. company pun nampak kosong dan baru. masa interview pun x diterangkan secara jelas apa skop company tu buat. dia mintak aku datang training untuk 3 hari, lepas tu kalau rasa ok ...boleh teruskan. aku datang sehari je. lepas aku dengar penerangan dia, buat saham???aigooo, kenapa aku terkena macam ni? aku tak berminat langsung, aku xde ilmu dan tak akan melibatkan diri dengan saham2 ni. entah mana datangnya imbuhan2...aku mintak pendapat kawan2...cek nama company pun tak dapat nak jumpa. lagi la menurunkan keyakina untuk join company tu. tak pasal pasal je kalau company tu buat benda tak betul, dengan aku pun bungkus.huhuhu


company 3- buat advertising/iklan
ok, company ni macam menarik sebenarnya. tengok pun agak kukuh. nampak meriah.lepas interview dia pun buat style yg sama dengan company 2, mintak aku datang hari berikutnya untuk training. dia ada maklumkan sedikit info pasal company, aku rasa ok as long as kita nampak ape yang kita buat. tapi hari ni, aku rasa penat teramat. aku training harini. terus dibawak keluar, kalau stay kat satu tempat aku tak kisah jugak, tapi......................dengan baju kurung, kasut tumit tak berapa tinggi tu, aku kena naik bas, jalan kaki.masuk hospital without permission, main terjah je then baru nak dapatkan permission in each department, kena berhadapan dengan nasib ssama ada nasib baik atau tak...bercakap, mengajak orang membeli, mempromosi...menjadi sales person (dalam ayat mudah), memang agak terkilan.direct selling.lebih pada itu.walaupun staff faham kerja diorang lain, tapi di mata orang, staff yg datang bwak barang still sales person . direct selling. and here.........BYE BYE. im so tired with this kind of behaviour. tak rasa tertipu pulak??



kadang kadang kita nak mencari apa yang kita nak tu memang susah, memang lambat. tapi kena yakin rezeki dari Allah itu pasti dan selalu ada. apa pun semua ni adalah pengalaman dan pengajaran....


goodluck untuk orang lain yang nak interview...pilih betul betul, jangan jadi macam aku.jadikan cerita aku ni sebagai panduan.be prepare, company2 swasta ni dah berlambak, macam macam strategi dorang guna untuk carik staff.

Friday, 21 March 2014

tips untuk turunkan berat badan

apa yang aku sedang buat sekarang untuk turunkan berat badan?

1- aku mula berjogging.
 setiap minggu aku akan keluar jogging kat taman taman berdekatan.tak lama pun jogging, dapat 1 round ke 2 round pun dah cukup.lepas tu jalan jalan la rileks kan badan kat sekitar taman. yang penting ada bergerak badan tu.

2- kawal makan.

dah mula kawal kuantiti makan, dan ubah apa yang di makan. nasik di jauhkan , kalau tak larat sangat2 baru makan. hehe.tapi kadang kadang terkam jugak. mula la beli oat, susu, buah, roti gandum.sayur.makan pun sup, tom yam sayur. nasik memang jarang.baru mula, entah bertahan ke tidak. tapi dalam seminggu tu ambik sehari untuk BELANJA  diri sendiri,makan mewah sikit, tapi jangan banyak sgt.kalau nak makan nasik, makan la.sehari je ok :)

3- air kosong sangat penting

sekarang aku still tak boleh nak lepaskan kaffien macam nescafe tak kire la yg bancuh atau pun 3 in 1. kalah betul aku. kalau kat kedai pun still nak order minuman bersusu dan manis. tapi aku akan bawak botol air masak ke mana mana. banyak minum air masak. badan tak jadi malas. bangun pagi pun terus teguk air masak banyak banyak.

4- set target.

kita kena ada target nak turunkan berapa KG dalam masa berapa lama. tak yah letak byk sangat target. sikit sikit. aku siap beli alat penimbang berat badan semata mata nak kurus ni.nak kurus ke nak cantek ke..nak ape pun memang kena keluar modal dulu kan.baru dapat hasil.

5- cari kawan dan jadikan persaingan

kita kena ada seseorang untuk support kita turunkan berat badan. sama ada dia nak turunkan berat sama2 atau pun jadi trainer kite utk kurus atau pun jadi supporter.macam aku aku kawan baik yg bole g jog sama sama.so, sama sama akan tengok target hujung bulan tercapai atau x.heeee :P



SELAMAT KURUS YEA EKA!

:)

Tuesday, 11 March 2014

Pavlova Pertama Saya

11 Ma 2014- Selasa.

Bila tak bekerja, boringnyeeeee aku je mampu merasa.
bila memasak, ghairahnya aku yang nikmati.

PAVLOVA
ape tu?
aku tak pernah makan.aku tak pernah masak.
nak beli mahal, bila dapat peluang, aku cuba masak.







cubaan pertama.
boleh makan,
boleh tahan la.
cuma tak pasti rasa Pavlova sebenar macam mana.
tak pernah makan sebelum ni.

tapi ada kesilapan.
bahannya mudah, tapi tekniknya sukar.
aku tak suka bermain dengan teknik, sebab aku bukan seorang yang sabar.
aku bukan seorang yang tertib.kihkihkih :)

maka, I present to you, my first pavlova.
ia dimakan dalam loyang, sebab tak alas kertas (baking paper)
so the meringue akan melekat hebat yea di atas loyang tu.
so dinasihatkan anda perlu guna baking paper
whipped cream pun a bit cair...pileh la brand mahal sikit.
aku beli cap murah murah.nak jimat konon.
but the taste quite Okay


>_____<





Sunday, 9 March 2014

Misteri MH307 hilang

semalam (sabtu) 8 mac 2014 kecoh satu negara tentang hilangnya pesawat Malaysia ke Beijing (MH307). terlalu banyak kemungkinan yang ada. bermacam macam berita di kaca tv mahupun di laman sosial di hebahkan. tapi apa yang pasti sehingga kini mangsa masih belum ditemui.satu isyarat pun belum dapat dikenal pasti. Ya Allah, tolong selamatkan mereka para penumpang pesawat itu. Aku rasa kecewa dengan kebanyakan orang yang bergaduh sesama sendiri, membuat andaian sendiri, mempolitikan isu isu sebegini.
Im enough with dirty politics! seriously~

bila mula mula hilang, awal nya kata terhempas.
kemudian berpatah balik.
apa semua ini?

aku tak sedap hati.
aku kesiankan mangsa yang terlibat.
kesian dengan keluarga mangsa juga.

doakan MH307 selamat.
jika mereka telah 'pergi' Ya Rab, tunjukkan buktinya pada kami,
agar tidak ada lagi persoalan yang sukar dijawab.
andai mereka ditawan penjahat Ya Rab, selamatkan mereka dari kejahatan, kembalikan mereka kepada kami.andai ada musuh musuh yang berselimut disebalik kejadian ini,aku harapkan pembalasan di akhirat nanti.

#prayforMH370




and people became so creative immidiately :






seperti putus harapan

aku berserah.
bila aku rasa kalah.
aku tak mampu melawan.
kerana aku memang salah.

aku takkan menang.
aku tahu,
kerana terbukti salah aku.

aku menyerah ,
aku pasrah,
aku tak mampu lagi.

aku takkan ubah cara aku.
aku degil.
aku tak boleh
aku tetap aku.
aku takkan buat apa yang aku tak nak buat
aku tak suka
dipaksa
disuruh
ditegur

aku rasa aku yang betul
sebenarnya aku bodoh
tak betul
salah

aku menyerah lagi .

kali ini.
biarkan hari hari mendatang
tentukan siapa aku di mata kalian.
aku tak sanggup berhadapan.
aku memang pengecut.
aku takut.
aku tak mampu.
aku serah diri.

Sunday, 2 March 2014

Selamat tinggal KPM

28 feb 2014,
Maka di hari Jumaat yg penuh berkat serta rezeki yg murah,berlangsungnye majlis perpisahan utk aku dan zira dari pejabat menteri.sebenarnya majlis tu tak sepatotnya terlalu besar,tp tak sangka bos sangat pemurah belanja kami makan,hadiah dan cenderahati .
Rasa terharu.rasa sayang dan tak sanggup nak tinggal kan bos dan kawan kawan yg lain.walopun kdg kdg mood bos x baek,kena marah,kena taip dan print benda yang sama 10 kali,kemas meja bos yg selalu besepah,cr surat bos yg selalu hilang..tp siapa tak sayang bos kan.?aku pasti akan rindukan bos.kredit pun tak jalan sangat la,selalunya msj dgn bos je nak dekat 50 msj..

Akak akak dan abg abg opis pun. . .sangat la best.belum penah jumpe tempat yg sume org akan sentiasa makan same2..time makan adalah quality time.byk ilmu yg boleh dapat.byk makanan yg dibekalkan..tak lokek...tak sombong,semua peramah..semua suke makan dan bercerita.best sangat2. . .sayangnye nak tinggalkan semua orang.

Semoga ini kekal dalam ingatan.
KPM best <3